Thursday 18 August 2016

SUKAN OLIMPIK RIO 2016

TERJUN
Tanggal 10 Ogos 2015, atlet Malaysia menerusi Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong telah menghadiahkan sebutir pingat perak kepada Kontijen Malaysia menerusi acara Final Women Synchronized 10M Springboard. Acara ini merupakan acara kegemaran kedua-dua atlet tersebut. kemenangan ini meletakkan kedua-dua atlet Malaysia ini sebaris dengan jaguh terjun dunia.

BASIKAL
Kem Malaysia pada 16 Ogos 2016 telah diceriakan dengan pungutan pingat gangsa dan merupakan pingat yang kedua keseluruhan untuk Kontijen Malaysia. Pingat gangsa ini telah disumbangkan oleh Azizulhasni Bin Awang dalam acara Keirin Lelaki. Acara ini merupakan acara kegemaran Azizulhasni.
BADMINTON
Kem badminton Malaysia telah dicerikan oleh pungutan pingat yang ketiga negara iaitu pingat perak menerusi acara Beregu Campuran yang diwakili oleh Chan Peng Soon dan Goh Lui Ying. Pasangan ini telah dikalahkan oleh pasangan dari Indonesia pada perlawanan akhir. sebelum mereka berangkat ke Brazil, pasangan ini tidak diletakkan harapan untuk menyumbang pingat. 

Diharap, dengan berbaki beberapa hari lagi Sukan Olimpik 2016, para atlet Malaysia dapat menyumbangkan beberapa lagi pingat terutama pingat emas untuk negara.......

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA...

Tuesday 9 August 2016